taste lelaki
Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, aku tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hemm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai.Lelaki suka:1. Wanita yang bersikap kelakar2. Berbudi pekerti3. Murah hati4. Senyuman manja5. Tahu memasak6. Pandai dalam menggayakan pakaian7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya8. Tidak mudah naik angin9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.”12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang18. Yang tidak suka berleter19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh21. Wanita yang mengambil berat tentang lelakiLelaki tidak suka:1. Wanita yang suka mengumpat2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki4. Merokok5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian7. “Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul…”8. “Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..”9. Wanita yang bersikap hipokrit10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang13. Pakaian wanita berselerak di biliknya14. Tidak bertanggungjawab langsung15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh17. Boros berbelanja18. Tidak tahu/malas memasak19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati20. ‘Queen control’ hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
No comments:
Post a Comment