Friday, May 8, 2009

hatiku milikmu


(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaanaku lagi)
hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahuntahunlamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastiandaripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bilapenantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat temansebiliknya itu asyik membelek-belek handset..‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.‘’Separuh harga?’’ acah Umar.‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betulbetulke ni?’’ Umar meragui.‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tibanak jual, mesti ada apa-apa,’’‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak adaapa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clashjugak?’’‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cariperempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Akumalas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathilmeluahkan.Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak diamenceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itumembonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.(Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku taknak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasarplayboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak carimak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pulamengenakan Umar.‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackleMaziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengancabarannya.‘’Maziah mana pulak ni?’’‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluangaku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruhkau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah nibukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau bolehtackle dia, memang aku tabik kat kau,’’‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umarmenolak cabaran.‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau taktunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackleMaziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluarmeninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café,manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chitchat.(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset.Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendangtelinga Umar.‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’suara itu mendesak.‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salahFika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suaraitu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’‘’Huh, entah bila…’’‘’Berdoalah pada Allah,’’‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung,putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itumelawak sambil ketawa lagi.Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuanmelalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnyadulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorangperempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kalipertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti.Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro,perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang dipendengaran.(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syokkat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba iramahandsetnya berbunyi lagi.‘’Hello, Fika ni!’’Gurlp! Umar menelan liur.‘’Hello!’’ balas Umar.‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar,boleh?’’‘’Abang?!’’ Gurlp!!!‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’‘’Err…’’ kelu lidah Umar.‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika,sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang.Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyiktentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu ituterus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdayalagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijakmenjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi diadiburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikansesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licikitu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannyaajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apamalam ni…bosanlah!’’‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sangguptengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahanUmar, seterusnya cuba menjerat.‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Akusegan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntahmacam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Merekakawan baik aku,’’‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingataku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nakajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan.Macam ni lah yang aku nak…’’Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng dibelakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antaraUmar dan Fika.‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.‘’Yang mana?’’‘’Tu, tu, baju putih…’’Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yangsedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya.Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannyamampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar.‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’ Fathil bertindak sepertiapa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankanmotorsikalnya sambil berteriak gatal,‘’Maaaziaaahhhh…!’’ Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turutmemandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yangdipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepadaseseorang.(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziahialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gilagilamacam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Bolehblah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam.Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti.Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.‘’Lawa si Maziah, kan?!’’‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’‘’Buktinya?’’‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwakau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun akuboleh cari mak we,’’Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajahjelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.(Fika?! Gurlp!!)‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. BukanFathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fikaberbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni UmarAl-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Diamemang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riangkerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini.Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihatlelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depanmatanya.Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadisitu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum daribibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika punturut terpegun dengan ketampanan Umar.Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadisjelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung sabanhari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikahmakna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanitasebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar takmampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Diamembiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kianbergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjautepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dekwarna-warni cinta. Cinta itu indah.(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika,bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)Tok!Tok! Assalamualaikum…Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknyadiketuk.‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibirlelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangandengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolejsebelah, kan?!’’‘’Mmm…awak?’’‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pulaberirama minta diangkat.‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesagesamengikat tali kasut.‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathilkepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja talikasutnya kemas diikat.Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidurpetang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satumesej yang tertera di skrin handset.Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidakpercaya.(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpamembuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalamcompartment Umar.‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalumenggoyang-goyangkan bahu Umar.‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Umar menggosokgosokkanmata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudianpantas menutupnya.‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar punsusah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambilngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Bannaturut tersenyum.‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajakUmar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajarlepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi dinegeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripadasekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuanuntuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agartetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorganadunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islamperlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka bolehlengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Akudah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah TamanIslam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelekaku mendengarnya!)‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yangcukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kamisemua boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan pertolongan.‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak.‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau ntadatang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kitatolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain,ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanyadah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tigaminggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosandengan smart group…)‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dahjanji?!’’ Banna melontarkan persoalan.‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia.Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabatkami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya,katakan ana banyak assignment,’’‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi takdapat-dapat,’’. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kinisudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam diabertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentangtarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat.Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)‘’Ana dah tukar sim card?’’jawab Umar bersahaja.‘’Kenapa tak inform?’’‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak berselindung.‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betulbetulbosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanyasmart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana taknak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan danmemberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macamkat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh,meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar iaterpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.Banna terpaku.(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)‘’Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)‘’Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita taktuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasirlain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kitadengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kitaterlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kitatak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripadamendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukurdengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dahtunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Umargersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, akumengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu,kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yangmerampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nakberkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akanmati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)‘’Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esokkalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik. Banna tersenyum.Air liurnya tak terbuang sia-sia.‘’Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Umarmenjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap,Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar membalas salam.Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengansuara lembut. Banna menjeling.(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikirsesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi,lalu dia membuat satu sms.Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampirandewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaanKelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihatadiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibukmenyusun buku-buku di gerai mereka.(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakuihatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan SekolahTaman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah danda’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanyadibiarkan parah dibaham mazmumah.Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknyaberedar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro.Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredarbersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarnabiru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yangditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat naktunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tanganabangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.‘’Lelaki ke?’’‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datangsilih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyutnanti.,’’nasihat seorang abang.‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziahtakut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah takperlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untukselamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergimeninggalkan kita, kan bang?!’’(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yangditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku belimahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selangbeberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa,tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’tambah Joe.‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenalpak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.‘’Siapa?’’‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi samasetan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, naksakitkan hati aku lah tu,’’‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkanbiarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluatngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulakjadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika punaku nak ajar sekali,’’‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapiapikankemarahan Fathil.‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?’’‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah nganmulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu adamakna?’’‘’Hanif mana ni bang?’’‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapiagamanya, insyallah.’’‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari SekolahTaman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itumenyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulahsebaliknya.‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smartgroup yang sama dengan abang.,’’‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita.Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakalmasa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejekMaziah macam-macam,’’‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalaukita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun adakelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam manasekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awalawallagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yangbakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalantarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziahhanya hajat pada agama dan bimbingannya,’’‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….’’Tiba-tiba…..‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setanjugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil dengan kuat kearah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalulalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantangitu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.‘’Fathil…dengar sini…’’‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….’’‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nakbuat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,’’ Fathiltidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukanmereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpingapinga.Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,’’‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu takbertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’ luahMaziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya sabanhari.‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi,mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurangteliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadimemang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?’’ Maziah mengangguk.‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah bilhikmah dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.Dia berzikir memuji Allah.Banna datang menghampiri adiknya.‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga.Semuanya kerana salah faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziahtersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah adamendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!’’ TanyaMaziah.‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu.Abang selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yangtak mengenal Umar Al-Mujahid.‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang memboncengmotor dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu.Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyahdan da’wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar.Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah danda’wah,’’Banna terdiam dengan kata-kata itu.(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yangmembimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah,sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecatbaju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?’’ tanya Umar yang sejaktadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.‘’Aku bengang betul lah!’’‘’Bengang apa?’’‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi.Siapa tak bengang?’’‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!’’‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,’’‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,’’‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul.Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kaubayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depanmata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau ataukau yang rampas awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackleMaziah.‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapatFika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fikadan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’Umar akhirnya mengalah.‘’Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’ Fathil menunding jari tepatke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. WajahBanna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joebersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewatikawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati.Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meterke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigitaringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakangBanna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar bajuBanna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-mertatatkala terpandang wajah lelaki itu.Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemasmenggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya.Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Bannamenyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.‘’Cis, mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang melihat drama itu lalu cubamenyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkanserangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathilsempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukantepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapisilatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Bannagagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkinmereka tak berpeluang mencederakannya.‘’Woii!!’’ seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajardi hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.‘’Woii. Korang gaduh ye?’’‘’Tak, kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.‘’Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?’’ Pak Guardmenyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnyayang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkenapenumbuk Joe.‘’A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,’’tambah Joe.‘’Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orangyang berlatih sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard masih curiga lantaranmelihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitujuga mulutnya.‘’Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,’’Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadisemakin tegang.Bukan bohong tapi helah.‘’Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatihdalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengokkorang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!’’ Pak Guard meyakini kata-kataBanna lalu minta mereka segera bersurai.‘’Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?’’ api kemarahan Fathilmasih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batanghidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.‘’Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku,hah?’’ Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yangsakit dipulas Banna sebentar tadi.‘’Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal.Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak weaku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!’’Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna adamengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuanmereka petang tadi.(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baruaku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)‘’Fathil, awak salah faham..’’ Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathilsegera memotong.‘’Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu makwe aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serikbelasah kau,’’‘’Bodoh! Memang kau salah faham…’’ Umar menengking lagi. Dia tak dapatmenahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramasmulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.‘’Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri…’’ Fathilmenguatkan kenyataannya.‘’Aku pun tengok!’’ tambah Joe.‘’Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!’’Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernahmengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlaludipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padammukanya.(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikamlidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.‘’Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya keranasalah faham bukan salah sesiapa,’’ ujar Banna dengan lembut sambilmenghulurkan tangannya.(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Diatidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joeuntuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkanniatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudianFathil dan Joe mula beredar.‘’Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?’’ sempat Pak Guardmenyindir sambil berlalu pergi.Umar merenung wajah Banna.‘’Banna, cedera nta teruk ke?’’‘’Sikit je,’’ balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.‘’Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yangmemandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok katperempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,’’‘’Lupakanlah….. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap ntaboleh bagitahu Fathil hal ni,’’‘’ Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah ntatadi,’’ Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.‘’Tak per, Umar. Lupakan… Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! MogaAllah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambilpengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silapharibulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelumbertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau ntabelasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelakikepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yangmembenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!’’ Kata-kataBanna membuatkan Umar terfikir.‘’Banna, ana minta maaf!’’ Umar memeluk Banna. Handsetnya beriramasekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah taktahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila takmenentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang….luv U!!Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizidan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olahsedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umarmembaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.‘’Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul takboleh pergi smart group,’’‘’Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan,Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempatsiap, nta datanglah. Kejap pun tak per,’ balas Banna. Mengharap.****************************************************Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya.Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cubamemasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar.Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.‘’Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!’’ iman di dada Umar bersuara. Fikamencebikkan bibir.‘’Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayangabang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikitdengan abang,’’Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sinikerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darahmudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanyake bahu Umar.‘’Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takutabang marah Fika,’’‘’Tunjuk apa?’’‘’Abang kena janji takkan marah?’’‘’Kenapa abang nak marah pulak?’’‘’Janjilah dulu sayang…’’‘’Okey,abang janji takkan marah Fika,’’Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitamyang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.‘’Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambutFika? Abang suka tak?’’Gurlp! ‘’Fika, pakai balik tudung tu!’’ arah Umar.‘’Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?’’ Fika bersuara merajuk.‘’Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!’’‘’Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fikapada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nakbahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat,buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fikanak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang!Tulus cinta Fika pada abang…’’ Umar makin lemas dihambur kata-kata manisFika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cintaciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika.Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agarmindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.‘’Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,’’ungkapan katakataDr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisiklagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Diamemandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemudasedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir denganposisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilaspandang.‘’Gurlp! Diorang?’’ Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif,Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalumemakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihattindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawakuntuknya.‘’Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!’’ Fika mencubit pahaUmar.‘’Fika, apa yang kita buat ni berdosa!’’ Umar bersuara tegas menyebabkan Fikamengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihatsahabat-sahabatnya.(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Diatidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagatmereka berdua.‘’Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fikasayang abang,’’‘’Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?’’ Umar tiba-tibameradang. Jiwanya takut sekali.‘’Jom balik!’’ Umar mengajak pulang.‘’Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puaslagi bersama abang!’’wajah Fika penuh keliru.‘’Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fikatertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathiltinggalkan Fika. Fika sayang abang!’’‘’Abang nak balik…’’ Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.‘’Abang Umar, pulangkan tudung Fika!’’ Fika menjerit kuat membuatkan semuasahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnyadan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cubamenyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azminmenyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yangdipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuathati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebarmelihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalupergi.(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kauhadapilah seorang diri!)‘’Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!’’ Umar meluahkan. Suaranya sebak.‘’Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimanasahaja!’’ Dr. Azmin bersuara.‘’Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayahAllah,’’ Dr. Azmin bersuara lagi.‘’Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!’’ luah Umarpenuh kesalan.‘’Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita.Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar….kembalibersama kami,’’ Banna memujuk.‘’Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensidiri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,’’ lembut kata-kata Hizbi.‘’Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di TamanIslam dulu?’’ Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua PengawasSekolah Taman Islam yang berwibawa.Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkansemangat Umar agar kembali di atas jalan da’wah dan tarbiyyah.‘’Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Taktahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkansemula maksiat tu di padang mahsyar nanti,’’ Umar betul-betul menyesal.‘’Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa adakederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untukmemelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyakperangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorangsorang,’’Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin,Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua…Aku bosan denganperjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, rohperjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaikini…)*************************************************************‘’Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah… Bertuah nti kerana akandapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kakAkmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-matamenanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nakbersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalantarbiyyah dan dakwah,’’ Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yangterpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepadabeberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.‘’Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin olehkeluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kitadan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan da’wah,’’ tambahMaziah.‘’Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni,.Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de sorangpun sahabatyang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lamadibangkitkan,’’ Asiah Yusro bersuara kesal.‘’Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a’malIslami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam babmemilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambilIslam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantikdipinggirkan,’’ Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.‘’Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yangmenyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihikecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecualiiman si gadis,’’ Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.‘’ Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita kena baik sangka jugadengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da’wahmereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkandaripada baitul da’wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar diSekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitulda’wah,’’ Asiah Yusro berbaik sangka.‘’Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah…’’ Asiah Yusra mengusikMaziah yang kelihatan terdiam seketika.‘’Astargfirullah! Lagho ana nanti…’’ Maziah membulatkan mata.‘’Maaf, ana gurau je..’’ Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Diaberfikir sesuatu,‘’Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,’’ Maziah pula yang mengusik.‘’Ish, tak de lah. Siapalah ana….’’ Asiah Yusro merendah diri.‘’Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti menolaknya,’’Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Akucuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawadiam itu tanda setuju)‘’Mana nti tahu?’’ dia terkejut bila rahsianya terbongkar.‘’Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita….Baru-baru ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?!Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,’’Maziah tertawa kecil melihattelatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernahbeberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja merekadipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi, mesej Umarterbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, diamengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembalitenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya diSekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembungdengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro takdapat lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruhharapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terusdisibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah danda’wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahuperkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agartidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cintaadalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Diabermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…masihkah dia setia menantiku?Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dariDr. Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allahmemudahkanku untuk membina baitul da’wah idaman bersamanya…) AsiahYusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelakdaripada berfikir tentang Umar.Maziah menyergahnya.‘’Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanitasolehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangansahabat,’’ Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr.Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baikdengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama.Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna.Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama mendugaabangnya menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu beranimenyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambardan biodata Asiah Yusro daripada mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.‘’Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenalidulu,’’ Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan mesejdan panggilan daripada gadis itu.‘’Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,’’‘’Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika?Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?’’ terdengar suaratangisan Fika. Hati Umar terusik.‘’Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh harapantinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpacinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun samamacam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?’’ Umar terus diracunipujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanitadi hati seorang lelaki.‘’Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bilaperhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abangmengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwatempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan perhubunganni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah,barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,’’‘’Abang, bimbinglah Fika,’’terus merayu.‘’Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalahmahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajarbernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silapabang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahadmalam di department abang,’’*********************************************************‘’Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Anarasa nak kahwin dengan dia,’’ Umar meluahkan kepada Banna ketikamenziarahi Banna di biliknya.‘’Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas’ul kita tentangmasalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang.Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas’ul kita.Insyaallah dia boleh bantu,’’. Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna.Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Merekabersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turutmenyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnyadalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampilmemberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya.Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.‘’Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masihterlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kitaidam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitulda’wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisida’wah kita ini,’’ Syamil berhujah matang.‘’Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwinlagi?’’ Faizi menduga.‘’Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan.Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana nisiapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semuawanita mulia,’’ wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.‘’Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui.Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagiuntuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas’ul kitaatau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro’ dan boleh diterima olehnya,’’ Bannamenasihatkan.‘’Ye, kita kena jaga syaro’. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuantak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanyaperkahwinan yang menghalalkan semua tu.’’ Faizi menyokong. Umar terdiamseketika.‘’Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putusasa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana takjadi macam ni,’’ sesalan Umar tidak sirna.‘’Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedarbahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Disinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita laluidan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak naklarut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,’’ Syamiltak lupa memainkan peranannya.‘’Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah.Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah,’’ Hizbimengemukakan pendapat peribadinya.‘’Apa pendapat Dr.?’’ Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diamberfikir. Mas’ul sudah tentu banyak pengalaman.‘’Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas’ul pun cariorang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah danda’wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah.Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah merekaboleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da’wahdaripada zuriat kami,’’ mas’ul mereka meluahkan. Mereka semua memandangtepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.‘’Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untukmencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin denganorang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak laluitarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da’wah kita lebihberat dalam baitul da’wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat.Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?’’ Dr Azmin berkongsipengalaman berharga.‘’Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin.Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yangtak faham tarbiyyah dan da’wah kalau bukan kamu semua?’’ Masing-masingterdiam.‘’Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum.Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yangkurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapiagamanya, Masyallah….. Ada yang sanggup?’’‘’Ana!’’ serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanifterdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.‘’Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan terselamat jika sahabatseperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilihdengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik danpandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?’’ DrAzmin membuka minda mereka.‘’Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi…’’ Hanif meluahkan isihati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidakpuas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Bannamengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.‘’Teruskan Hanif….’’ Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.‘’Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna.Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejekMaziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zamansekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak.Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa takpercaya bila ana kena jadi suaminya,’’ Hanif mengkritik tanpa berselindung.(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah,tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.‘’Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut pautlangsung dengan maslahah da’wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurangnakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun ntamasih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dannta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana bolehmenerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana bolehmenjadi perantaraan nta dan Maziah,’’ Banna membetulkan persepsi kolot Hanifterhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikatyang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.‘’Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasasuka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus anarasa tak de mood nak cari sahibah,’’‘’Nta ni Hanif…kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar ntakata mustahil. Nta kan ada mas’ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana bolehaturkan,’’Dr Azmin bersuara.‘’Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih,ana hitam. Dia….’’‘’Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,’’‘’Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullahsebutkan….malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedarana tak layak untuknya,’’ Hanif membela hujahnya.‘’Siapa?’’ Dr Azmin ingin tahu.‘’Asiah Yusro…’’ Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umarterbeliak.(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunyabahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkaraitu dengan mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yangdikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liarmemerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelakiyang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa kaliwajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis di sebelahnya.(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar keni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian Dr. Azmintidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir sama,akibatnya tarbiyyah tak berjalan.(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar… atau keranaAsiah Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukantempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar keranaFathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan lelaki ni pulak.Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar tinggalkan aku)Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhanmereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut denganperibadi mulia Banna?Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mulabangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.‘’Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilikkuliyah ni?’’ Maziah tersenyum.‘’Saya Maziah. Asiah Yusro….hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu,’’Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapatmenolong.‘’Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?’’(Err, macam ustazah!)‘’A’ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..’’‘’Err, tak pe lah. Saya….’’ Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro. Namunhatinya mendesak untuk berhadapan.‘’Alah, jangan risau. Dia baik, jom…’’(keranamu Umar…) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantasmempertemukan Fika dan Asiah Yusro.Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangkaitu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Bannakerana ada urusan peribadi.‘’Tak sangka boleh jumpa awak…’’ Fika memulakan perbualan selepas salingberkenalan.‘’Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua niaturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?’’(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapanak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)‘’Awak kenal Umar Al-Mujahid?’’ Fika bertanya, mengabaikan persoalan AsiahYusro.‘’Kenal,’’ ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.‘’Macam mana boleh kenal?’’lagak Fika bagaikan seorang peguam sedangmenyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.‘’Dia satu sekolah dengan saya dulu,’’‘’Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot…awak bercinta dengannya?’’‘’Err…’’ Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!‘’Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu awakmemang bercinta dengannya,’’. Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidakberasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta…)Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh mindanya.Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan kata-kataberbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga dengan gadisitu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di mulut Umar ini telahmeracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam kebahagiaan.(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?!Mustahil… Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau sendiripun,Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada sesiapa berhakmengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak berminat untuk mendapatbimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah madah berhelahsemata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan mangsa untuknyamelepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan kerengganganperhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi semua itu.Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu tersenyum keranameyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni. Takmengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku.Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro terus tabah. Hatinya takputus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian Allah.(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampasUmar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan jadihak aku)‘’Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpakejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika.Abang dah benci Fika ke?’’‘’Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abangrasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapihidup abang jadi tak tenteram,’’‘’Mereka lebih penting daripada Fika?’’. Umar terdiam. Sukar bibirnyamelepaskan ucap.‘’Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,’’‘’Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?’’‘’Ya, Fika!’’ terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.‘’Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gilakalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri…’’‘’Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan masalah?Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak berubah danperlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang abang suruh?’’‘’Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebihpenting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perluberdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika mencariorang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun, Fika akan ajardia!’’ hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata Fika.‘’Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma berharapagar Fika boleh menerima bimbingan darinya….untuk kebaikan Fika juga,’’‘’Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?’’(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain.Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah.Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)‘’Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayahatau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak menghalalkan cara.Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati abang dan Fika jauhlebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro’. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah,rugilah kita!’’‘’Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fikauntuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macamdihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semuliadia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benarbenarterguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik,’’ Fikaberbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.‘’Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan.Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh.Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akanpakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!’’‘’Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana Allah.Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan hujjah,bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,’’‘’Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubahtanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah… Fika rasa Fika perlusangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abangmiliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut.Kasihanilah Fika…’’Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekiankalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.******************************************************************(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lainlainje. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kattelinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukannak buat apa-apa yang tak baik)Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat.Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungaiUlu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti.Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia inginmembuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba mengimbaskembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, diameletakkannya di dalam beg itu.(Peliknya…macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakanuntuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halusujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi….mungkin inilah tandacinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umarpantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yangsentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-NyaAllah.‘’Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku…Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu….’’ LidahUmar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungaiUlu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika.Wajahnya kelihatan risau.(Handset hilang… Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh,bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cubalari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku takmenyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugianitu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuaimenjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayahAllah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusrodaripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yangada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak danmeracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya!Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudimemimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cumaaku yang tak menghargai.Cukuplah…aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah,Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjungdatang. Rahmat Tuhan.Tiba-tiba…‘’Uwarghhhhhhhh…..’’ Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria.Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakanperang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segeramenepis kasar.‘’Hey, tak boleh sentuh lah!’’‘’Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je,’’ Fika merengekmanja.‘’Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?’’suara Umar meninggi.Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di SekolahTaman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.‘’Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!’’ Fika terus bertindakmelompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong.Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika.Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa berdekah-dekah.‘’Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha… Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nakbunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas.Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!’’.Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Diacuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.‘’Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni.Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha haha…’’ pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air.‘’Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan,’’ Umar memberiamaran.‘’Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati…abang bahagia dipeluk Fikamacam ni, kan?! Ha ha ha ha ha….’’. Umar hilang kawalan. Dia geram lalumenampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fikaberdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari daratan.‘’Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!’’ Umarmampu berkata ‘tidak’ kepada nafsunya kali ini.‘’Abang….’’ Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantasmengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan keranabasah kuyup. Tergoda iman lelaki.Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin.Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Diatidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah pula dengantangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Diamenyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawatpelawatyang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati.Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.‘’Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!’’Umar melembutkan suara.‘’Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fikaakan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hatiFika ni, Fika cintakan abang….’’ tangisan Fika terus berlagu hiba.(Ahh, aku kena kuat untuk berkata ‘tidak’)‘’Fika, bangunlah….’’ Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangkaUmar telah termakan pujukan.‘’Fika, dengar sini…abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cintaAllah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas daribayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa kitaselama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah….cinta Allah takkanmengecewakan!’’ Umar berlalu meninggalkan Fika.Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.‘’Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila…’’laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mataseketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkahtanpa sedikit pun menoleh ke belakang.‘’Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang…’’ Fika menjerit tak keruan.Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahandia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. AdakahUmar kan tewas lagi?Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnyacuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba ditahan.‘’Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati… Fika taknak kehilangan abang lagi,’’ Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambutkepulangan Umar ke sisinya.‘’Abang…baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!’’ lidahnya terus merayu.Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganyamasih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.‘’’Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenaliFika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubahmenjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah…di situlah Fika kan temuicinta sejati yang Fika cari-cari selama ini…’’ selepas itu langkah Umar tidakterhenti lagi.‘’Arghhhhhhhhhhh. Abang…..Fika cintakan abang!’’ Fika menjerit sekuat hati.Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidakmenghiraukan.(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasihkerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikankepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyahberterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta danmenggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. YaAllah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan,aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalantarbiyyah dan da’wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu deknafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahidlaksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)‘’ Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta,’’ Banna menghulurkan sepucuk surat.Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual.Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umarmengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan surat itudengan berhati-hati.(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMUKau maukan seseorangMemenuhi hatimuKerana kini kau bebas tidak seperti duluDulu kau disekat dijagaMaka kau pun boleh jaga jugaTetapi kini kau bebasTak boleh jaga nampaknyaSatu demi satu tersungkurAtau sekurang-kurangnya tumbangAtau sekurang-kurangnya kecundangTidak ramai yang boleh jagaCinta bermaharajalelaTiada tujuhalaIngatlah kau dari sekolah manaSbt sbh mempunyai harapan yang tinggiKami mempunyai impianYang kami mahukan kamu semua memahaminyaKami mahukan anak-anak semuaMeneruskan kegigihan kamiMenegakkan kalimah ituJangnlah leka nakJanganlah kau ikutkan nafsu nakKau belum tahu penanganan dunia iniBukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah ituTelah lupakah kau?Semuanya?Kan belum lama kau keluardarinyaDi merata tempatDisana siniRamai wakil-wakil kamiYang ingin membantumuApakah responmu semua?Positivekah?Atau kau yang mengelak?Hati Mama lukaJika kau tidak memikirkan DIADalam melayani nafsu muda yang menggilaMama lakukan yang terbaikKerana mencari kerethoan NYAAnak-anak Mama tentu lebih faham dari MamaKerana Mama tidak belajar di sekolah ituAnak-anak Mama sayangLetaklah DIA dalam hatimuPenuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYABukan cinta kepada dia yang sementaraYang digelar infatuationsTidak bermaknaCinta kepada diaJika membelakangkan DIAMama Sal…Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.‘’Terima kasih Mama…’’ hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorangmas’ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian diamelipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.‘’Eh, masih ada tulisan lain?’’ dia mendapati di dalam sampul itu masih terselitsatu lipatan kertas.Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang….Assalamualaikum…Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiappatah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepasselesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya.Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru. HanyaAllah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta.Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanyakepada nta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuknta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitulda’wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan nta dimiliki olehseorang sohibah yang faham tarbiyyah.Justeru, ketahuilah…Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri anamempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu telah sediadipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang,keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah. Maafkan ana keranaterlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana takut pada maksiat hatiyang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telahbersedia. Ana sedia dipetik….ASIAH YUSRO.Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya. Setelahbertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi jawapan untukrisikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar membuatkan dirinya terseksadibebani beribu persoalan dan penantian. Sehinggalah baru sekarangpenantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu, dia pernah tersungkur dipintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi penawar untuk mengubat bebanpenantiannya. Namun, cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah.Jiwanya sering diburu bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itumerupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman Islam. Suaraiman itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan hidayah Allah.(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang. Akuyakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku hambayang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya Allah,layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan semulia Asiah Yusro? SedangkanHanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula diriku? Asiah Yusro, kaubintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku masih merangkakmencari kemulian seperti mana yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?YaAllah, hatiku milik-Mu!)‘’Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…’’ Fika berjaya mencari nombor baruhandset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara. Akhirnya, diamendapatkannya setelah memujuk Joe.‘’Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa…’’ keluh Fathil.‘’Abang masih sayangkan Fika?’’Fika cuba memujuk Fathil.‘’Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kaupernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal keranalibatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,’’ Fathil bertegas. Ketika itu,Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa sebuah majalah Haluan.Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang bercakap melalui telefon, dia keluardan kembali masuk ke compartmentnya.‘’Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah kecewadengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang Fathil tetap satusatunyalelaki di hati Fika,’’ madah berhelah Fika cukup beracun.‘’Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi jadilelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!’’ Fathilsemakin matang.‘’Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat? Akusebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai playboykau tu. Saje je nak test tadi…’’. Fika pula yang mengenakan Fathil.‘’Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?’’ Fathil menyindir. Fika menarik nafaspanjang-panjang.‘’Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…’’ suara Fika kembali dilunakkan.‘’Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err abang lagilepas ni,’’ .Fathil terfikir seketika.‘’Boleh percaya ke dengan janji kau!’’‘’Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!’’‘’Apa dia?’’‘’Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah abangmalam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?’’ Fika ingin mencuba mangsabarunya. Fathil ketawa menyindir.‘’Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah….kau tak bosan hidup jadi playgirl ke?Aku dah bosan jadi playboy…tak de faedahnya!’’ Fathil sudah pandai memberinasihat.‘’Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau memandaipulak suruh orang bertaubat…’’. Fathil mengakhiri perbualan dengan tiba-tiba.Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke compartment Umar. Dia tahuUmar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak berbual. Fathil menceritakangelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma mendengar tanpa menyampuk.Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.‘’Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak hadiahkan kaubuku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia kirim kat aku je lah,’’‘’Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…’’‘’Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadiMuslim,’’‘’Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam dia,’’‘’Habis tu, aku ni tak baik?’’ Umar mengacah.‘’Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro’ tapi rupa-rupanyagila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi waro’ balik. Akupun tak faham dengan kau,’’ Umar tersenyum. Fathil yang dikenalinya dulujuga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna. Memang benar, seorangkawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab itulah Rasulullahmenyuruh berhati-hati memilih kawan.‘’Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni,’’. Fathil mencapai kadwangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar faham perasaanFathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.‘’Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku sukalah…’’.Fathil lantas membelek.Puas sudah,Kucari kebahagian,Di sisi teman-teman,Kudapat hanya kelalaian,Ku cari lagi,Di hati seorang kekasih,Kudapat hanya kekecewaan,Dan ku terus mencari,Dalam meniti hari,Penuh kekosongan…Oh, di mana lagi harus ku mencari,Membawa sekeping hati,Yang sarat kerinduan,Rindu yang tiada haluan,Aku keliru sendiri,Apa yang kucari,Apa yang kuperlukanAku masih tak bisa mengerti,Yang pasti,Kekosongan hati ini minta diisi..Sejenak ku tersedar,Aku mencari cinta agung,Buat jiwaku yang merindukan,Hakikat kebenaran,Cahaya yang membelah kegelapan,Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.Ku sedar,Destinasi pencarianku di sini,Ku mencari-Mu Tuhan,Mengharap keredhaan,Menagih kebahagiaan,Dari sinar cahaya imanKhazinatul Asrar, Taman Islam.‘’Umar, aku pun suka…’’ Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam hidupnyamenyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis, sesuai untuk jiwaperempuan sahaja.‘’Nti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?’’ Asiahtertunduk malu dengan soalan Dr. Sal. Wajah solehah seorang mas’ulah didepannya tak berani direnung.‘’Insyallah!’’ Ringkas jawapan Asiah Yusro.‘’Ana dengar, sebulan bertunang nti akan terus kahwin. Umi nti yang cakap.Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,’’‘’ Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun ana malu nakbualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua. Ana pasrah saja…’’ pipinyamenjadi kemerah-merahan.Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan berseri-serimengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung labuh kain satin denganjubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas tapi tetapmenawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di hari bahagia. Menutupaurat dengan sempurna pun masih nampak jelita.Pakaian Islam tak pernahlapuk menyusuri zaman.Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-jiran terdekatsudah siap sedia menyambut ketibaan.(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang je. Tak pe lah,apa salahnya meraikan semua jiran dan sanak-saudara)Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah AsiahYusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran makinbertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya keluar daripada bilik.Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki.Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu bahawadia akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia bertembung matadengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan Al-Banna dan Dr. Azmin.Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan pandangannya.(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main mata.Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik berbulan madudi Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya. Fathil tentu pasrah…) AsiahYusro gembira dapat melihat temannya di celah rombongan lelaki. Inilah kalipertama dia bersua muka selepas Maziah berumah tangga.Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan hasratmenyunting mawar di taman larangan. Suasana ceria ketika itu. Namun, AsiahYusro terkejut besar.(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah Umar Al-Mujahid?)Baru sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang itu adalah daripadakeluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air matanya menitis tanpadisedari.(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat menghalalkan untukkuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!) Hatinya pedih merintih.Dia cuba mengumpul segenap ketabahan namun tidak terdaya. Air matanyaterus membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh cinta. Cinta yang kudusterpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar. Sukar untuknya menelanpahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala…‘’Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya juga empunyadiri,’’ suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam keceriaan. Semua mataberalih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman yang tadinya ceria sudah pudar diwajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan. Namun mempunyai duatafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu. Wajahnya diangkat danmemandang Umar Al-Mujahid seketika. Ada sinar pengharapan di matanya.Kemudian dia menunduk lagi, melayan murahnya tangisan. Hati Umar terusik,jiwanya bergetar.(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan akuAsiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah keranabakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang kukagumi. Pilihan Allah Maha Adiluntukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)‘’Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu. Tapi,berkatalah walau sepatah samada suka atau tidak,’’ mudah ayah Asiah Yusromencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula dirundum resah melihat keadaanputerinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi anaknya. Itu teori psikologiyang banyak dibuktikan oleh realiti.(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish, pelik!)‘’Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?’’ ayahnya bertanyalagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana. Namun, tangisan AsiahYusro mula berlagu hiba bila soalan itu ditanya lagi. Semua tetamu kehairanan.Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga kelainan anaknya. Sebelum ini, biladitanya soal perkahwinan, anaknya itu sering mengelak dan menjawab ringkas,’’ Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk dulu…’’Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan semuaorang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu ketika dulu.Sebaknya cuba ditahan. Dia tak berdaya lagi menahan sedu-sedan, irama sebuahtangisan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi begitu. Baginya,ini soal hidup dan mati, rumahtangga yang bakal dibina bukan barangmainan.Dia bingkas, melangkah sopan masuk ke biliknya. Suasana bagaikandipukau seketika. Suspen sekali…’Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila diam, kitamasih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak setuju…’’ sempat ayah AsiahYusro berlawak. Tetamu disekitarnya ketawa kecil. Pandai dia menghidupkansuasana. Banna memandang Umar penuh tanda tanya.‘’Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk nta. Kalau antum berduasudah suka sama suka, ana rela gantikan nta di tempat ana. Ana takkanmenyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan dua hati yang bercintakerana Allah,’’ Hassan Al-Banna cekap mentafsir suasana. Umar terdiam.(Ah, baiknya kau Banna!)Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya upaya. Air matanyatumpah juga, tak henti-henti. Dia perlukan ketenangan. Penawarnya ada di sisi.Al-Quran tafsif dibukanya dengan memejam mata. Mata yang makin saratdengan tangisan. Air mata itu terus menitis laju membasahi satu ayat di dalamal-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang menodai lembaran suci al-Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya. Dia membaca ayat itu berulangkali sambil diperhati oleh umi yang berada di sisi, menemani.(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan seolah-olahAllah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah keajaiban al-Quran.Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku memerlukan.Ku pasrah padaketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang terbaik untukku. Akuyakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu) Resah di hati Asiah Yusro terubatsudah. Allahlah teman yang menghiburkannya.Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-masingmasih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun yang bangunmengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti bagaimana episod itu akanberakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar dengan wajah yang tenang.Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi bersisa di kelopak mata.‘’Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan sesekalimemaksa,’’ Ayahnya cuba mendalami perasaan puteri tercinta. Asiah Yusrotidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang mengumpul kekuatan untukberbicara.Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.‘’Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang tadi.Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting si mawarberduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat Umar Al-Mujahid,’’. BeraniBanna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut dengan tindakannya.‘’Bagaimana di pihak perempuan?’’ ayah Asiah Yusro memandang anaknyasarat harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada jawapannya.‘’A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahalia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amatburuk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’ Asiah Yusromembacakan kembali tafsiran ayat 216, Suroh Al-Baqoroh. Allah telahmemberikannya jawapan.‘’Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna,’’jawabnya. Namun, jawapan itumasih sarat tandatanya.‘’Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari Hassan Al-Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud diberi?’’ayahnya mintakepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya menjawab soalan itu. Oh, Tuhan!Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad membuat pilihan,‘’Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-Banna…’’ AsiahYusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu. Berakhirlah sebuahepisod tanda tanya…‘’Alhamdulillah..’’ suasana ceria kembali. Majlis pertunangan kembali berjalanlancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di hati Umar. Biarlah iameninggalkan parut kenangan buat selamanya.(Pergil;ah…pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak perlukan cintamu. Ya Allah,hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu. Hatikuhanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya agar tenang menerima suratan. Lukalamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan segala kepedihandan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali melambai datang, ditepisnya sejauhmungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi idaman, hadir ketika dirinya terabarabamencari jalan pulang.(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah Yusro takpatut dimiliki orang sepertiku. Potensi da’wahnya akan terhalang! Demi Islam,kuredho kau bukan milikku. Ku sedar, sekalipun kita tidak berada di ataspenyatuan cinta namun kita tetap berada di atas penyatuan cita-cita. Ya, kitatakkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Kita akan sama-sama bangkitkembali memikul beban tarbiyyah dan da’wah yang sarat perjuangan ini )‘’Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh keluarganya. Kasihandia. Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa mana yang tidak risau?’’Dr. Azmin mematikan lamunan Umar. Tangannya menunjuk kepada seorangsahibah. Mata Umar melirik kepada arah yang ditunjukkan. Seorang sahibahberwajah gelap dengan pipinya dipenuhi parut-parut bekas jerawat, sopanbersimpuh di satu penjuru. Tudung labuh dan jubahnya tetap memikat kalbudaripada kacamata iman seseorang.‘’Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk ana?’’ Umarberbisik kepada Dr,Azmin.‘’Umar, selamatkanlah dia….’’ Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar tersenyum,senyuman yang tersirat makna.‘’Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,’’ terjulur kepala Fathil yang tibatibamuncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka tersenyum ceria.(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh berbicara)Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan,menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah danda’wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman,(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikmu!)

No comments:

 

viva la islam | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates